APA ITU PEMBELAJARAN DIGITAL?
Pembelajaran digital merupakan sebuah kaedah pendekatan pendidikan yang menerapkan teknologi digital secara berkesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran digital merupakan amalan pengajaran yang membantu pelajar dalam penggunaan teknologi pendidikan. Ia termasuk dalam kategori pembelajaran terbalik (flipped), pembelajaran teradun dan pembelajaran diperibadikan (personalised) serta dasar lain yang bergantung pada alatan digital berskala kecil mahupun besar.
APAKAH PEMBELAJARAN DIGITAL MEMBERI MANFAAT TERHADAP PENDIDIKAN SENI?
Seni digital ditakrifkan sebagai seni yang dihasilkan secara digital dengan menggunakan komputer sebagai medium penting dalam proses persembahan dan kreativiti. Kini, karya seni tidak semestinya dibuat dengan menggunakan kanvas dan kertas malahan karya seni boleh menggunakan bantuan teknologi yang semakin berkembang pesat dan moden. Contohnya, penggunakan perisian grafik vector, photoshop dan illustrator untuk melukis dan mengimbas gambar menerusi komputer.
No comments:
Post a Comment